PENIPISAN LAPISAN OZON
Apa itu lapisan ozon?
fera. Lapisan ozon adalah bahagian atmosfera bumi yang mengandungi jumlah ozon (O₃) yang banyak. Lapisan ini berfungsi melindungi bumi daripada sinaran ultra ungu yang berbahaya daripada matahari. Peranan lapisan ozon ialah menyerap dan membalikkan semula sinaran ultra ungu ke angkasa. Apa itu penipisan lapisan ozon?
Lapisan menjadi nipis oleh pembebasan gas seperti kloroflorokarbon (CFC) dan hidrogen oksida. Gas-gas ini dibebaskan oleh sektor perindustrian yang membuat alat penyaman udara, peti sejuk, ujian nuklear, dan bahan aerosol. Bahan ini terdiri daripada campuran klorin, fluorin, dan karbon. Semasa CFC dibebaskan ke atmosfera, klorin bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya lapisan ozon semakin nipis.

Kenapa lapisan ozon semakin berkurang?
Lapisan ozon dalam stratosfera musnah disebabkan dua faktor iaitu ;disebabkan aktiviti manusia dan juga sumber semula jadi.Aktiviti manusia: Pembakaran terbuka, asap ekzos kapal terbang, asap dari perindustrian.Sumber semula jadi: Letusan gunung berapi, gas metana dari ladang.Ozon dimusnahkan oleh tindak balas dengan gas klorin, bromine, nitrogen, hidrogen dan oksigen. Dua faktor di atas menyumbang kepada gas ini. Jadi, apabila gas ini dilepaskan ke atmosfera, semakin banyak ozon akan musnah.Contohnya, apabila gas klorin seperti kloroflorokarbon (CFCl₃) ada di lapisan ozon, ia akan menyerang molekul ozon (O₃) yang dibantu oleh sinaran ultra ungu (UV). Ini menyebabkan musnahnya lapisan ozon.
Apabila lapisan ozon menjadi nipis, lebih
banyak radiasi UV boleh menembusi ke permukaan bumi. Peningkatan radiasi
UV memberikan kesan kepada kita. Pertama, ia akan menyebabkan kematian
fitoplankton dan zooplankton di lautan. Organisma ini adalah asas kepada
rantaian makanan marin. Kemudian, penipisan ozon menyebabkan pemanasan
global. Kenapa? Kerana pemanasan global berlaku apabila jumlah karbon
dioksida (CO₂) dalam udara sangat tinggi. Fitoplakton boleh menggunakan
CO₂ yang tenggelam dalam laut untuk menjalankan fotosintesis.
Walaubagaimanapun, radiasi UV yang berlebihan menyebabkan berkurangnya
populasi fitoplakton. Jadi, CO₂ akan menjadi semakin bertambah di dalam
udara dan tidak digunakan. Selain itu, radiasi UV yang tinggi akan
mengganggu bekalan nitrogen yang diperlukan oleh tumbuhan seperti padi
di Malaysia. Radiasi UV memberi kesan kepada aktiviti penyerapan
nitrogen oleh microorganisma. Tumbuhan akan menjadi lebih kecil dan
pertumbuhan sangat lambat berbanding kebiasaannya. UV boleh merangsang
pembentukan radikal yang reaktif dan kemudiannya membentuk bahan baru
yang bahaya. Maka terbentuklah kabus tebal dan juga hujan asid. Akhir
sekali, radiasi UV dalam jumlah yang kecil boleh dimangkinkan untuk
menghasilkan vitamin D untuk kegunaan manusia. Tetapi, sebaliknya,
jumlah UV yang banyak dan apabila bersentuhan dengan manusia akan
menyebabkan penyakit kronik seperti kanser kulit, fotokeratitis, katarak
dan menberi kesan terhadap sistem ketahanan manusia.
Cara-cara
mengatasi penipisan lapisan ozon
1) Kurangkan penerbangan kapal terbang dan roket.
2) Menambahkan penanaman pokok.
3) Mengawal pembunangan sisa industri yang
mengandungi bahan kimia dalam penipisan ozon dengan pengurusan sisa
buangan yang lebih teratur.
4) Guna produk yang mesra alam dan mesra ozon dalam penggunaan
penghawa dingin dan petrol.
Penipisan
lapisan ozon dengan kata lain bermaksud proses di mana lapisan ozon
menjadi nipis. Fenomena ini berlaku adalah apabila jumlah molekul ozon
di dalam lapisan menjadi sedikit dari hari demi hari. Impak daripada
pengurangan molekul ozon penyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar